Thursday 22 January 2015

Filem - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Apa yang tiada di filemnya


Aku lebih berminat untuk menghasilkan entri ini. Sebabnya, aku merasakan jika elemen-elemen yang bakal aku huraikan ini akan menghasilkan filemnya yang lebih mengharukan dan lebih sampai ke hati. Elemen-elemen di bawah ini sebenarnya babak yang terdapat dalam novelnya tetapi tiada di dalam filemnya. Poyo dan bajet bunyinya tapi ya, ini cuma pandangan aku. 

1. Teguran Zainuddin kepada Hayati berkenaan pakaiannya.

Kalau dibaca pada novel dan juga ditonton filemnya, Khadijah "mendoktrin" Hayati untuk memakai pakaian yang katanya lebih "kemodenan". Pakaian yang dipakai oleh penjajah mereka ketika itu iaitu Belanda. Pakaian yang singkat dan terbuka. Sesi pendoktrinan Khadijah berhasil apabila Hayati hadir ke acara pacuan kuda itu dengan pakaian "moden" tersebut. Diceritakan dalam novelnya, walaupun pada mulanya Hayati tidak senang dan tidak selesa memakai pakaian itu kerana dirasakan orang ramai lebih memandangnya, tetapi dia bertukar terbiasa tatkala melihat ramai lagi perempuan-perempuan lain yang hadir ke acara pacuan kuda itu berpakaian sebegitu.

Kalau kita tonton filemnya, Zainudin jelas terperanjat dengan penampilan Hayati yang jelas terbuka dan tidak seperti gadis minang desa yang dikenalinya di Batipuh dahulu. Seperti dii dalam novelnya, Zainudin setelah itu akan mengirimkan sepucuk surat menegur tentang cara pemakaian Hayati yang bertukar. Pada aku, ini seharusnya menjadi satu babak dalam filemnya kerana ianya lebih mengangkat tema cinta suci Zainudin kepada Hayati. Babak ini juga lebih menonjolkan sisi melindungi Zainudin kepada kesucian diri Hayati. 

Memetik ayat novelnya, Hamka menulis bahawa falsafah bercinta antara lelaki dan perempuan itu berbeza. Pada seorang lelaki, apabila dia jatuh cinta kepada seorang perempuan, maka perempuan itu ialah haknya seorang dan tidak boleh dikongsi dengan orang-orang lain. Kemulian dan kesucian perempuan itu hanya layak ditunjukkan kepadanya seorang sahaja. Andai perempuan yang dicintainya direndahkan, malah itu akan membuatkan lelaki itu lebih cinta kepada perempuannya.

Oleh itu, demi menjaga maruah, kesopanan, kesucian dan kemuliaan diri Hayati, Zainudin menegur cara pemakaiannya yang jauh lebih terbuka dan terdedah sewaktu menghadiri acara pacuan kuda tersebut. Pada aku, itu salah satu makna cinta suci antara lelaki dan perempuan. Saling melindungi, saling menjaga antara satu sama lain dan saling menegur dalam membetulkan kesilapan masing-masing.

2, Bolak-balik Hayati pada cinta Zainuddin.

Babak bolak-balik ini tidak begitu ditonjolkan dengan mendalam dalam filemnya. Pada pendapat aku, seharusnya bahagian ini ditekankan untuk menunjukkan cinta suci Hayati kepada Zainuddin yang semakin berubah kepada kecintaannya kepada harta dan kemewahan. Mungkin tidak boleh dikatakan berubah kerana hakikatnya dia masih cinta pada Zainuddin tetapi cuma keliru sama ada boleh atau tidak dia hidup dengan semata-mata cinta suci sahaja. Dalam filem ini, kita lebih nampak bahawa Hayati mungkin memilih Aziz berbanding Zainuddin disebabkan oleh tekanan daripada orang-orang tua pemegang adat minangkabaunya. Hayati juga seperti malu dengan penampilan Zainudin yang berpakaian seperti orang mengaji ke acara pacuan kuda. Hanya itu dan tak mungkin itu sahaja sudah merubah rasa cintanya kepada Zainudin.

Tetapi kalau dibaca novelnya, Hayati lebih terusik dengan kata-kata hasutan daripada Khadijah untuk Hayati memilih abangnya daripada Zainuddin. Surat dan kata-kata Khadijah merupakan antara perkara yang perlu ditekankan dalam perubahan cinta Hayati kepada Zainudin. Khadijah membanding-bandingkan cinta suci semata dengan Zainudin berbanding dengan wang dan kemewahan yang mampu abangnya tawarkan kepada Hayati.

Katanya, Hayati mungkin akan biasa-biasa sahaja apabila memakai baju biasa, memiliki rumah biasa-biasa apabila hidup berdua dengan Zainudin, Tetapi lama-lama nanti, dia akan menyesali dan menyalahkan Zainudin apabila melihat mata-mata orang lain yang memandang mereka dengan pandangan kesian. Dalam suratnya kepada Hayati, Khadijah mengatakan bahawa Zainudin itu ahli syair, penuh dengan angan-angan. Zainudin cuma suka pada Hayati kerana membayangkan Hayati seperti bidadari yang cantik yang hanya akan diukirnya di dalam karya-karyanya. Andai Hayati bersama dengan Zainudin nanti, Zainudin mesti akan hilang kecintaannya kepada Hayati apabila dia tahu bahawa Hayati juga tidak lepas berbuat khilaf dan kesalahan, tidak sesempurna bidadari yang dibayangkannya lewat karya dan syairnya.

Hasutan ini seringkali bermain dalam fikiran Hayati diselang seli dengan pandangan sosok Zainudin yang terlihat kesian. Oleh sebab itu, dalam suratnya yang dihantar kepada Zainudin untuk membuang perasaan cinta itu dan hanya bersahabat, Hayati menyebutkan bahawa dia dan Zainudin, dua-duanya miskin dan hidup melarat. Oleh itu, ianya tidak cukup untuk menegakkan rumahtangga.

Ya, macam yang aku beritahu seperti di atas, dua-dua babak ini, seandainya dimasukkan dan ditekankan dalam filemnya, insya ALLAH, lagi sampai ke hati-hati penonton. Terutamanya akulah sebab aku yang mencadangkannya. Haha. Selamat menonton dan selamat memaknakan cinta sejati!



Tuesday 20 January 2015

Filem - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Ulasan 1)


Filem ini adalah satu filem Indonesia yang diangkat daripada novel bestseller Hamka.

Setelah lama ternanti-nanti, akhirnya keluar juga di Youtube.

Aku terlebih dahulu membaca karyanya tetapi hampir-hampir putus asa di pertengahan permbacaan. Oleh itu, aku menonton filemnya terlebih dahulu sebelum meneruskan semula pembacaan dan Alhamdulillah, aku lebih faham dengan jalan ceritanya.

Secara keseluruhan, filemnya juga sama hebat dengan novelnya. Jalan ceritanya hampir serupa, sebegitu juga dengan skripnya. 

Antara babak yang menarik pada pandangan aku adalah :

1. Kata-kata Hayati membalas "doktrinisasi" Khadijah untuk memakai pakaian yang agak terbuka, pakaian yang kononnya lebih kemodenan untuk ke acara pacuan kuda. 

Kata Hayati :



Namun, "didoktrin" Khadijah :




Ditangkas Hayati semula dengan ayat yang agak menyentak, pada aku :




Tapi sayang, "doktrin" Khadijah menang akhirnya. Hayati memakai juga baju sebegitu yang kalau dikisahkan dalam novelnya, dia agak tidak selesa pada mulanya. Namun, semakin selesa dan berasa tidak apa-apa memakai sebegitu kerana terbiasa melihat orang-orang lain yang ke acara pacuan kuda berpakaian sepertinya. 

2. Kata-kata orang-orang tua di kampung Hayati sewaktu membincangkan hal meminang daripada Aziz dan Zainuddin. Tanpa perbincangan lanjut dan hanya bersandarkan bahawa Aziz itu anak keluarga berada dan terhormat berbanding Zainuddin yang katanya tidak bersuku dan beradat, lamaran Aziz diterima. 

Apabila mak cik Hayati mengatakan bahawa Hayati masih mencintai Zainuddin : 




Apabila mak cik Hayati mengatakan kalau Hayati nanti akan bertindak membunuh diri apabila dipaksa kahwin dengan Aziz :





Aku sangat tersentak apabila orang-orang tua itu lebih suka Hayati mengorbankan nyawanya demi menegakkan adat Minang mereka yang tidak boleh dikahwinkan gadis Minang dengan orang yang tidak jelas keturunannya. Sungguh nyawa terlihat tidak bernilai apabila dibandingkan dengan adat membebankan itu. Andai saja ada lagi double standard sebegini, apalah nasib orang yang tidak lengkap berkeluarga. Apalah nasib anak-anak yatim yang ingin berkahwin? Kejamnya peraturan yang digubal manusia. Cara pemikiran yang jumud dan menekan sebegini yang dikritik keras oleh Hamka dalam penulisannya. 

3. Waktu Hayati melepaskan Zainudin pergi apabila Zainudin dihalau daripada Batipuh. Mereka bertemu di tempat yang sering Zainudin menulis. Pada aku, kata-kata Hayati yang sangat menginspirasi, amat memberikan pengharapan dan terdengarkan begitu indah kepada Zainudin. Zainudin yang terasa hidupnya sudah hancur apabila dihalau daripada kampung halamannya dan ditambah pula sudah tidak dapat bertemu dengan Hayati, belahan jiwanya. Kata-kata Hayati membangkitkan semula semangat Zainudin.












4. Nasihat Abang Muluk waktu Zainudin terlantar sakit lamanya kerana tidak dapat menanggung keperitan yang amat apabila mengetahui bahawa Hayati telah berkahwin dengan Aziz. Abang Muluk yang memberi kata-kata semangat kepadanya untuk bangkit semula selepas terhenyak dengan percintaan yang tidak kesampaian. Abang Muluk juga yang kekal bersahabat dengannya, yang sentiasa di sisi Zainudin saat jatuh bangunnya selepas itu.










"Tunjukkan kepada perempuan itu yang engku tidak akan mati lantaran dibunuhnya!".

5. Waktu Hayati merayu, mengharapkan cintanya dan berharap untuk di sisi Zainudin selepas kematian Aziz. Walaupun Zainudin masih mencintai Hayati, seakan-akan masih terngiang bagaimana dia diuji sebegitu besar kerana menegakkan cinta sucinya kepada Hayati dan sekali lagi diuji apabila Hayati sendiri yang memungkiri janji. Aku sangat terkesan sewaktu babak ini. Lakonan kedua-dua pelakon sangat menggugah jiwa. 


"Kau regas segenap pucuk pengharapanku. Kau patahkan".













Sungguhlah, jauh terlihat bezanya antara filem Indonesia dan filem Malaysia. Seharusnya, filem ini diangkat menjadi contoh kepada dunia perfileman kita. Latar tempatnya, penguasaan watak daripada para pelakonnya dan yang terpenting, skrip ceritanya serta plot penceritaannya. Jangan lupa, original soundtract atau runut bunyi daripada Nidji juga memainkan peranan penting untuk menghasilkan filem sebegini hebat, pada pandangan aku. Selamat menonton dan selamat memaknakan cinta dalam kehidupan kita!

Sunday 18 January 2015

Ubat si ulat buku


Alhamdulillah.

Rezeki nak menjejakkan kaki ke kedai buku MPH akhirnya kesampaian.

Hajatnya untuk mendapatkan sebuah buku terbitan DuBook Press berjudul Diagnosis.

Hatiku tertarik untuk mendapatkannya lantaran kebanyakan review buku yang aku telah baca memberikan komen yang positif atau dalam kata mudah, buku ini seronok dibaca!

Jadi, bila sudah diatur untuk ke MPH keesokan harinya, malam sebelumnya itu, aku membuat sedikit rujukan di google  tentang beberapa buah buku-buku lain yang diterbitkan DuBook Press.

Teringat aku waktu menghadirkan diri ke salah satu konvensyen K-FIQH. Ustaz Zaharuddin pernah berpesan supaya melakukan kajian awal terlebih dahulu tentang penceramah, pembentang, panelis sebelum menghadirkan diri ke seberang kelas, ceramah, perkongsian, forum, diskusi atau apa saja namanya. Kata ustaz, penting untuk kita tahu sama ada berbaloi atau tidak kita meluangkan masa untuk mendengar kata-kata yang dikongsi oleh individu tersebut.

Jadi, apa kaitannya dengan hal membeli buku aku ini? Kata kunci di sini adalah mengoptimumkan masa dengan terkedepan. Terkedepan dalam mengenali susuk penceramah terlebih dahulu supaya masa yang akan dilabukan dijamin bermanfaat. Dan dalam hal ini, terkedepan dalam mencari beberapa buah buku yang menarik untuk dibeli bersama dalam hanya satu trip ke kedai buku. Nampak relevennya? Haha~

Okay, kembali ke cerita tadi.

DuBook Press adalah salah satu media pencentakan indie atau alternatif yang ada dalam pasaran. Antara kedai-kedai buku mega yang berada dalam jaringan terdekat aku iatu Popular dan MPH tetapi hanya MPH sahaja yang meletakkan buku-buku DuBook Press di rak-rak buku kedai mereka.

Jadi, memikirkan peluang ke kedai buku yang jarang-jarang sekali aku dapat, aku haruslah mencari beberapa buku lain yang perlu dibeli. Apa barang ke kedai buku hanya membeli sebuah dua sahaja? Haha.

Jadi, terjadilah transaksi perniagaan seperti di dalam gambar ini. :P


Tada ~~ 

Secara amnya, semua ini dibeli disebabkan oleh faktor yang sama seperti buku Diagnosis. Kerana review buku setiap satunya. Aku seperti sudah lama tidak membaca buku yang berlatar belakangkan humor. Oleh itu, Dari Tanjung Malim ke KLCC dan Dari KLCC ke Tanjung Malim pun dibeli. Alif Lam Lam Ha adalah satu percubaan aku untuk mencabar diri membaca genre buku yang di luar kebiasaan genre pembacaan aku. Semusim di Syurga pula dicapai daripada rak buku MPH disebabkan aku sememangnya teringin untuk membaca paling kurang, sebuah buku daripada Hamka Kereta Mayat. Manakala, Amoi Berhijab dimbil kerana random. Randomly aku teringin nak baca, randomly buku itu dah ada di tangan aku tetapi obviously, aku ada niatlah nak membelinya bila ianya dah ada depan kaunter pembayaran.

So, there the story of how these books were listed in the receipt!  

Doakan moga-moga buku ini tergolong dalam bacaan 2015 aku. Insya ALLAH.

Amin.
           

Mula Menulis


Bismillah.

Susah sebenarnya untuk mula-mula menulis.

Macam-macam persoalan berpusu-pusu masuk ke ruangan kepala saat terlintas di hati untuk menulis.

Sungguhlah, azam dan keinginan yang kuat perlu ada untuk memulakan pemulisan ini.

Bila melihat penulisan orang lain di ruangan blogspot mereka, aku tertanya-tanya sama ada aku punya kemahiran menulis seperti mereka. Kemahiran menyentuh hati-hati si pembaca.

Tapi kalau tak mula, mana kita tahu kan sama ada kita punya atau tidak kekuatan-kekuatan itu.

Jadi, sungguhlah, langkah pertama itu yang paling penting.

Dan sungguhlah, mulakanlah langkah pertama itu walau segoyah mana keyakinanmu.

Kerana apa yang berada di depanmu, engkau tidak tahu.

So, yeah, bismillah.

The journey begin, Insya ALLAH.